Sunday, 20 May 2012

Bahasa Arab

Kata Tunjuk " Ini dalam bahasa arab هَذَا digunakan untuk lelaki dan ِهَذِه digunakan untuk perempuan 


contoh :


 1-Ini sekolah  هَذِهِ مَدْرَسَة )tanda / alamat perempuan ada huruf ة di akhir perkataan
 2-Ini buku  هَذَا كِتَاب ) untuk yang lelaki tiada tanda ة (ta' marbutah) di akhir perkataan




  • kalau nak kata " ini sekolah saya "dalam bahasa arab  هَذِهِ مَدْرَسَتِيْ  ta' marbutah  ( ة )  hendaklah di buka menjadi ta' maftuhah ( ت ) kemudian di sambung dengan huruf  ya baris mati ( ْي ) di akhir perkataan
  • Kalau nak kata " ini buku saya "  dalam bahasa arab       هَذَا كِتَابِيْ   di sambung  كِتَاب  dengan huruf  ya baris mati ( يْ ) di akhir perkataan


contoh yang lain :

  1. Ini guru (lelaki)                          هَذَا مُعَلِّمٌ
Ini guru (lelaki) saya              ْهَذَا مُعَلَّمِي
  1. Ini guru (perempuan)              هَذِهِ مُعَلِّمَة 
  2. Ini guru (perempuan) saya   هَذِهِ مُعَلِّمَتِيْ



PERHATIAN


Perlu diingatkan di sini jangan sekali-kali menulis هَذِهِ اْلمَدْرَسَتِيْ
 atau  هَذَا الْكِتَابِيْ kerana ianya adalah salah sama sekali dari segi kaedah bahasa arab.


LATIHAN :


1- LETAK KAN KATA TUNJUK  هَذَا  ATAU  ِهَذِه 


  1. (BEG)           ُ الحَقِيْبَة................
  2. (PEN)               ُالقَلَم.................
  3. (KERETA)     ُالسَّيَّارَة...............
  4. (PENSIL)     ُالمِرْسَم.................
  5. (LAMPU)    ُالمِصْبَاح................

2- TULIS KAN  DALAM BAHASA ARAB AYAT-AYAT BERIKUT :-

  •  INI BEG SAYA =____________________________________

  • INI PEN SAYA=_____________________________________

  • INI KERETA SAYA=_________________________________
  • INI PENSIL SAYA=__________________________________

  • INI LAMPU SAYA=__________________________________

TAJUK:

KATA TUNJUK " INI "DAN " ITU " DAN KAEDAH MENULIS YANG BETUL

1- Ini buku saya   هَذَا كتَابِيْ  jangan tulis begini salah    هَذَا الكِتَابِيْ
     sebab ada 2 tanda ma'rifah iaitu  الْ  dan  ْي
2- Ini sekolah saya  هَذِهِ مَدْرَسَتيْ  jangan tulis begini salah    هَذِهِ المَدْرَسَتِيْ
     sebab ada 2 tanda ma'rifah iaitu   ْال   dan  ْي
3- Itu beg saya   ْتِلْكَ حَقِيْبَتِي  sama juga seperti di atas tak boleh letak alif dan lam
4- Itu rumah saya   ْذَلِكَ بَيْتِي
  •   هَذَا dan ذَلِكَ  kata tunjuk untuk lelaki 
  •   هَذِهِ dan َتِلْك  kata tunjuk untuk perempuan
PERHATIAN:-
  • maksud makrifah itu ialah kata nama khusus lawannya nakirah ialah kata nama umun 
  • dalam bahasa arab tidak boleh ada 2 tanda  makrifah,jadi kita kena buang satu iaitu الْ dan kekalkan  يْ  contoh  المَدْرَسَتِيْ di buang  الْ maka jadilah  مَدْرَسَتيْ
LATIHAN
  1.  ُالسَّيَّارَة  ( KERETA)
  2.  ُالإِدَارَة  (PEJABAT)
  3.  ُالمِفْتَاح  (KUNCI)
  4.  ُالهَاتِف  (TELEFON)
  5.  ُالجَامِعَة  (UNIVERSITI)
BUAT AYAT-AYAT BERIKUT DALAM BAHASA ARAB :
  1. INI KERETA SAYA =________________________________
  2. ITU KERETA SAYA=________________________________
  3. INI PEJABAT SAYA=________________________________
  4. ITU PEJABAT SAYA=_______________________________
  5. INI KUNCI SAYA =_________________________________
  6. ITU KUNCI SAYA=_________________________________
  7. INI TELEFON SAYA=_______________________________
  8. ITU TELEFON SAYA=_______________________________
  9. INI UNIVERSITI SAYA=_____________________________
  10. ITU UNIVERSITI SAYA=_____________________________
p/s :
Saya sengaja papar kan di blog ini agar menjadi perhatian ke pada semua para pelajar bahasa arab kerana selalu kesilapan ini berlaku setiap kali ingin membuat ayat walaupun diingatkan berulang-ulang kali kepad apelajar.

TAJUK :
KATA NAMA  ( ُالإِسْم )


Apa itu kata nama ( ُالإِسْم )?


  • Kata Nama ( ُالإِسْم ) ialah satu perkataan yang tidak terlibat dengan masa atau zaman seperti Ali, Osman, Bedah, Mahmud dsb, tidak terlibat secara langsung dengan masa atau waktu di dalamnya
  • Adapun kata kerja memerlukan masa seperti duduk, bangun, berlari dsb.
Kategori kata nama yang boleh kita fahami ialah seperti berikut :

  1. nama manusia
  2. nama haiwan
  3. nama tumbuh2an
  4. nama benda
  5. nama negeri 
  6. nama anggota badan.

Soalannya sekarang bagaimana kita hendak mengenali tanda-tanda isim / kata nama dalam bahasa arab?

Kita boleh mengenali isim / kata nama dengan mengunakan beberapa kaedah :

1- ada nya alif dan lam di awal kalimah / perkataan contoh : ُالمَدْرَسَةُ - البَيْتُ - السَّيَّارَة 

2-ada tanwin ( baris dua di hadapan,baris dua di bawah dan baris dua di atas) di akhir perkataan contoh :ًمَدْرَسَة ٌ- بَيْتٍ - سَيَّارَة 

3-kata nama yang didahului oleh huruf jar contoh :

         ِأَكَلْتُ التَّفَّاحَةَ فِى المَطْعَمِ - يُصْنَعُ البَيْتُ مِنَ الحَجَر

Huruf Jar ialah َمِنْ - إِلىَ - بِ - فِي - لِ - كِ - عَنْ عَلى 

4-kata nama yang di dahului oleh ya nida' ( يَا )
contohnya :ُ يَا آدَمُ - يَا المُسْلِم 


TAJUK :

KATA KERJA ( ُالفِعْل )

Kata kerja ( ُالفِعْلdalam bahasa arab terbahagi kepada 3 bagian:
1-kata kerja telah berlaku iaitu fiil madhi ( ُّّالفِعْلُ المَاضِي )
2-kata kerja sedang berlaku iaitu fiil mudhari' ( ُالفِعْلُ المُضَارِع )
3-kata kerja arahan iaitu fiil amr ( ِفِعْلُ الأَمْر )
  • Bagaimana kita hendak mengenali kata kerja telah berlaku
      ( ُّالفِعْلُ المَاضِي ) dalam bahasa arab?
  • Ada beberapa tanda untuk memudahkan kita hendak -mengenali kata kerja telah berlaku iaitu :-
1-tanda baris atas di akhir perkataan contoh :َكَتَبَ , سَمِعَ , دَرَس
2-ada huruf ta' contoh كَتَبَتْ , سَمِعَتَا , دَرَسْتُم
3-ada huruf nun contoh : كَتَبْنَا , سَمِعْنَ , دَرَسْنَا
  • Bagaimana kita hendak mengenali kata kerja sedang berlaku
     ( ُالفِعْلُ المُضَارِع)  dalam bahasa arab?
  • Ada beberapa tanda untuk memudahkan kita hendak mengenali kata kerja sedang berlaku iaitu :-
1-tanda baris depan di akhir perkataan contoh :ُيَكْتُبُ يَسْمَعُ  يَدْرُس
2-dimulakan di awal perkataan dengan huruf-huruf berikut iaitu   huruf alif ,huruf nun, huruf ya dan huruf ta' ( ا - ن - ي - ت


contoh  :ُ  اَكْتُبُ    نَكْتُبُ    يَكْتُبُ     تَكْتُب
            أَسْمَعُ    نَسْمَعُ    يَسْمَعُ      تَسْمَعُ
            أدْرُسُ   ندْرُسُ   يَدْرُسُ    تَدْرُس
  • Bagaimana kita hendak mengenali kata kerja arahan
      ( فِعْلُ الأَمْرِ)  dalam bahasa arab?
  • Ada satu tanda untuk memudahkan kita hendak mengenali kata kerja arahan iaitu : tanda baris mati di akhir perkataan contoh :ْاُكْتُبْ,اِسْمَعْ ,اُدْرُس

1 comment: